Friday, October 16, 2015

People in Jakarta












Travel to Jakarta
4 September 2015 - 6 September 2015

Wednesday, September 9, 2015

Itinerari Jakarta Trip


HARI PERTAMA

Penerbangan dari aiport KLIA 2 ke Jakarta sekitar jam 7 pagi (waktu Malaysia). Sampai Soekarno Hatta International Airport lebih kurang 8.30 pagi (waktu Indonesia).

Airport transfer dah siap menunggu untuk ke The Packer Lodge Hostel. Ambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada trafik jalan di Jakarta.

Check in hostel pukul 2 petang tapi pukul 11 pagi dah sampai hostel. So, staff hostel TPL terangkan sekitar tempat tu yang boleh dilawati semenatara tunggu masa untuk check in.


Chinatown of Jakarta (Glodok)






Kota Tua Jakarta


Muzium Fatahillah


Grand Indonesia Shopping Mall & Thamrin Shopping Mall





Nota:
Ambil perkhidmatan bas TransJakarta. Lebih mudah dan selamat. Sebab bas ini ade security yang mengawal. Disediakan coach lelaki dan perempuan yang berasingan.

Map Laluan TransJakarta


HARI KEDUA

Untuk ke MONAS, ambil bus dari stesen Glodok kemudian turun ke stesen MONAS.


MONAS (Monumen National)




Dari stesen bas MONAS pula ke stesen bas Sarinah untuk ke Pasar Tanah Abang. Kemudian ambil bajai untuk ke Pasar Tanah Abang.

Pasar Tanah Abang







Balik semula ke hostel ambil terus bas dari stesen bas Sarinah terus ke stesen bas Glodok.


HARI KETIGA


Going Back

Monday, July 6, 2015

Resepi Crispy Chicken Chop




Bahan-Bahan:-

Ayam
Fillet Ayam tanpa tulang
Tepung Gandum
Bread Crumb
Telur 
Garam

Kentang putar
Kentang dipotong dadu besar
Susu segar
Serbuk lada hitam

Coselaw
Kubis (di cincang)
Lobak merah (di cincang)
Garam
Mayonis

Kuah Blackpepper 
Sos lada hitam
Cendawan butang
Tepung jagung
Garam

Hiasan
Salad
Lemon


Cara Membuat:-

Fillet Ayam
1. Pukul telur sehingga sebati. Letakkan sedikit garam. Salutkan fillet ayam dengan tepung gandum. 
2. Kemudian salutkan dengan telur yang dah dipukul tadi, Selepas itu, salutkan pula dengan bread crumb dengan rata pada fillet ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan fillet ayam yang telah disalut tadi.
4. Masak dengan api yang sederhana supaya bahagian dalam fillet ayam masak. 
5. Bila filet ayam dah masak kekuningan terus angkat dan toskan minyak.

Kentang 
1. Rebuskan kentang sehingga lembut.
2. Lenyekkan kentang sehingga tiada ketulan.
3. Campurkan dengan susu segar. Satu kotak sudah cukup. 
4. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga sebati.

Coselaw
1. Gaulkan sayur kubis dan lobak yang telah dicincang tadi dengan mayonis.
2. Letakkan sedikit garam. Mayonis boleh letakkan sebanyak mana ikut citarasa sendiri.

Kuah Blackpepper 
1. Masukkan satu cawan air masak dalam periuk.
2. Kemudian masukkan sos lada hitam dalam air tadi. Panaskan dengan api yang sederhana.
3. Masukkan cendawan butang dan tepung jagung ke dalam periuk.
4. Masakkan kuah blackpepper sehingga kuah mendidih dan agak likat.


Kesemua menu untuk Crispy Chicken Chop dah pun siap. Boleh hiaskan dalam pinggan dengan salad dan lemon. Perahkan lemon pada kuah blackpper untuk rasa lebih sedap dan lazat!




Sunday, June 28, 2015

Ramadhan 1436H: Iftar di Hotel Chulan KL



'1001 Juadah Rakyat'
Berbuka di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur



Tukang Masak special. Request je apa yang nak. Daging Rusa tu terbaik! 



Macam-macam jenis air ada sini. Dengan bermacam-macam buah-buah dan dessert yang sangat sedap!



Live band. Sambil makan dengar lagu-lagu raya. Macam rasa mood rumah terbuka pulak.



'Geng Kaki Makan' Berbuka


Buffet dekat Hotel Royal Chulan ini tak dinafikan antara buffet hotel makanan melayu yang terbaik dalam Malaysia ini. Harga agak mahal sedikit tapi berbaloi. Sesuai dengan tekak kita yang selero noghori ni. 



Sunday, June 14, 2015

Resepi Nasi Goreng Cendawan Shitake





Bahan-Bahan:-

Nasi putih
Cendawan Shitake
Bawang merah kecil
Bawang putih
Cili api
Lobak merah (dipotong dadu)
Kacang panjang (dipotong dadu)
Ikan bilis
Stok Ayam
Telur
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Minyak

Cara Membuat:-

1. Gorengkan ikan bilis dan telur kacau secara berasingan.
2. Gaulkan nasi putih dengan garam dan telur kacau yang dah dimasak terlebih dahulu.
3. Panaskan minyak dalam kuali. 
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga agak garing dan naik bau.
5. Masukkan cendawan shitake, lobak merah dan kacang panjang ke dalam kuali. 
6. Kemudian masukkan stok ayam, lada hitam dan lada sulah. Gaulkan sekali dengan bahan-bahan tadi.
7. Masukkan nasi yang telah digaulkan dengan garam dan telur kacau tadi pula ke dalam kuali. 
8. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
9. Setelah masak, gaulkan ikan bilis goreng tadi bersama nasi.
10. Akhir sekali, Nasi Goreng Cendawan Shitake telah pun siap!

Sukatan ikut selera sendiri. nak pedas lebihkan lada sulah dan lada hitam. Letakkan ulam pucuk pegaga sebagai hiasan. Sedap juga makan dengan pucuk pegaga! 


Saturday, June 13, 2015

Resepi Ikan Pari Assam Pedas




Bahan-Bahan:-

Ikan pari 
Daun kesum
Setangkai bunga kantan
Semangkuk air asam jawa
Kacang bendi
Garam

Bahan untuk dikisar:-

3 sudu cili oh
Sebatang serai
Kiub belacan
Setengah sudu jintan manis
Setengah sudu serbuk lada hitam
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih


Cara Membuat:-

1. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan ikan pari pula. 
3. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan kacang bendi pula. 
4. Letakkan garam. Ikut selera sendiri. Kacau sesekali sehingga ikan masak.
5. Sediakan untuk dihidangkan.

Nak pedas lebihkan cili boh.  Makan dengan ulam-ulaman dan nasi putih panas memang menyelerakan sehingga menjilat jari!