Monday, July 6, 2015

Resepi Crispy Chicken Chop




Bahan-Bahan:-

Ayam
Fillet Ayam tanpa tulang
Tepung Gandum
Bread Crumb
Telur 
Garam

Kentang putar
Kentang dipotong dadu besar
Susu segar
Serbuk lada hitam

Coselaw
Kubis (di cincang)
Lobak merah (di cincang)
Garam
Mayonis

Kuah Blackpepper 
Sos lada hitam
Cendawan butang
Tepung jagung
Garam

Hiasan
Salad
Lemon


Cara Membuat:-

Fillet Ayam
1. Pukul telur sehingga sebati. Letakkan sedikit garam. Salutkan fillet ayam dengan tepung gandum. 
2. Kemudian salutkan dengan telur yang dah dipukul tadi, Selepas itu, salutkan pula dengan bread crumb dengan rata pada fillet ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan fillet ayam yang telah disalut tadi.
4. Masak dengan api yang sederhana supaya bahagian dalam fillet ayam masak. 
5. Bila filet ayam dah masak kekuningan terus angkat dan toskan minyak.

Kentang 
1. Rebuskan kentang sehingga lembut.
2. Lenyekkan kentang sehingga tiada ketulan.
3. Campurkan dengan susu segar. Satu kotak sudah cukup. 
4. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga sebati.

Coselaw
1. Gaulkan sayur kubis dan lobak yang telah dicincang tadi dengan mayonis.
2. Letakkan sedikit garam. Mayonis boleh letakkan sebanyak mana ikut citarasa sendiri.

Kuah Blackpepper 
1. Masukkan satu cawan air masak dalam periuk.
2. Kemudian masukkan sos lada hitam dalam air tadi. Panaskan dengan api yang sederhana.
3. Masukkan cendawan butang dan tepung jagung ke dalam periuk.
4. Masakkan kuah blackpepper sehingga kuah mendidih dan agak likat.


Kesemua menu untuk Crispy Chicken Chop dah pun siap. Boleh hiaskan dalam pinggan dengan salad dan lemon. Perahkan lemon pada kuah blackpper untuk rasa lebih sedap dan lazat!




No comments:

Post a Comment