Tuesday, March 24, 2015

Resipi Sup Sayur Kolagen



Bahan-Bahan:-

Seaweed kolagen jenis kering
Brokoli
Lobak merah
Daun saderi
Bebola ikan
Hirisan bawang merah (dipotong bulat)
Sebiji bawang putih (diketuk)
Halia (sebiji ibu jari, diketuk)
Garam
Madu

Cara Membuat:-

1. Panaskan secawan air dengan memasukkan bawang putih dan halia.
2. Kemudian masukkan seaweed. Kacau sehingga air mendidih dan menjadi sedikit likat.
3. Masukkan garam dan madu secukup rasa.
4. Masukkan brokoli, lobak merah, bebola ikan, bawang merah dan daun saderi.
5. Apabila mendidih. Siap untuk dimakan.

*Sesuai untuk dimakan bila panas kerana apabila sejuk, sup akan menjadi agar-agar*